Thursday, August 6, 2009

Selamat Berpuasa.. 1Betong.. 1Sarawak

Ramadan datang lagi. Selamat Berpuasa. Kali ni 1st time kamek puasa kat Swk. Puasa kat mana2 sama je. Yg best kat sini sungkei (bukak pose) awal... Dlm 6.43 ptg.

Kat Betong ni ada gak Bazar Ramadhan cam tempat2 lain. ari pertama kitaorg sampai dlm kul 5.15 ptg.. ingatkan awal lg ropa2nya byk gerai dh kemas2 nk balit. Rupa2nya diaorg start bukak kul 12 tgh lagi...

Bazar ala2 'ismi di nadai' (sekadar ada)


Juadah 1st day.


Puasa ke3 je ktaorg lari g Kchg lak. Kat sana byk skit pilihan nk sungkei. Lepak kat sinun sampe ari sabtu.


Entry berikutnya adalah saja2 yg menarik di Sarawak nih.

1. Pesta Buntal di Kg Maggut, Spaoh.

Yg special kat Swk ni adalh byk pesta - Pesta Tapah (Pantu), Pesta Ikan Bulu (Sri Aman). Pesta ni adalah sempena musim menangkap ikan yg byk kat sungai2 tsbt. Pesta Buntal ini telah diwar-warkan di radio Cat FM membuatkan ktaorg teruja utk sama2 berpesta!

Punya le seksa nk ke tapak pesta tu. 13 km jlan batu2 kerikil sahaja. 1 jam dgn kelajuan max 20 km/j.


Sampe dh ptg. X ada xtvt lumba perahu, ngail buntal etc..
ni le ikan buntal goreng yg telah dibuang racunnya. buntal yg ada adalah jenis buntal kuning.
(ikan free ni ihsan dr gerai jual air kelapa). ikan buntal masin gak sedap dimakan.

**** tobat x g pesta ni lg selagi jln x ditar


2. Pasar Malam Bandar Sibu

Sibu ni dh slalu sgt g tp ni le 1st time melawat pasar mlm dia. Sama cam pasar mlm tempat2 lain. ada jual pakaian, makanan, ayam/ikan panggang..

tp berbezanya ialah..
:
::
:::
::::

kawasan yg sama gak menjual babi panggang...


muncung babi tu yg x leh tahan..

3. Malam Seribu Bakat Minggu Aktiviti.

yg best mlm tu adalah cabutan bertuah. hadiah yg plg best adalah mangkuk tingkat yg dimenangi oleh apiz n cerek air dimenangi oleh ust taufik..


4. Jerebu

Jerebu melanda Sarawak. Keadaan ini diburukkan dengan pembakaran terbuka oleh para petani utk bercucuk tanam. Kaedah tradisional ini dilakukan utk membuat baja kot.. disamping membunuh makhluk perosak.

Nasib baik tiang api x terbakar..


Kat sini dah jadi pemandangan biasa lori/kereta dihentikan sehingga makan jalan. jln kat sini kebanyakan tiada bahu jln. accident cam kureng sbb kebanyakan driver kat sini amat berhemah.. org semenanjung je yg suka bwk keta ganas2.

tp kekadang kereta/van /lori berhenti sbb pemandu/penumpang nak terkencing. disebabkn terlepas public toilet, depa pakat pancut ramai2...

2 comments:

  1. Salam..

    Nak ucapkan "SELAMAT BERPUASA KPD WARGA BETONG DARI KAMIK WARGA MERSING"

    Hmm..lama gak ghaz betong tak posting. Tapi setiap kali mmg menarik. Kat si ni sungkei jam 7.15malam (dah pantai timur tak jauh beza ngan betong). Nanti ada masa posting gambar2 pasar ramadhan sbb baru satu kali gi utk elak H1N1 dan juga berkaitan HWang Nwang (bunyi orang Ganu). Setiap kali ghaz posting mesti ada satu pembaharuan. Yelah ttg ikan buntal.Kat sini, kalau cerita dulu2 ramai yg dah arwah makan buntal tp sana jd juadah istimewa.Ttg benda bermuncung tu skali skali belila satu cucuk ke buat syarat dah sampai kat sana.Anyway cam biasa aku ada tinggal tarawih bila budak2 kat umah situasi luar kawalan. Slamat Berbuka & Selamat Hari Merdeka !!

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI MERDEKA wat warga Mersing yg dgr khabarnya begitu dedikasi berkerja pada hari yg bersejarah ini utk mendidik ank bangsa. Tahniah dan smoga usaha kalian mendapat keberkatanNya. Kejuaraan milik bersama!!

    Teringat gak bazar ramadan kat tmn wawasan. jln kaki je ke sana. kat sini kne drep 8 km semata2 nak cari kuih/lauk pauk. nasib x baik kna tipu ngan makcik jual kuih.
    "saya nak singgit je makcik"
    "tak per.. yg lebihnya makcik sedekah ya.."
    ropa2nya kuih tu tawar n mcm dh nk basi.. hampeh tul. blaja tinggi2 pun kna tipu ngan makcik lulusan SPM (agaknya kot.. jgn2 makcik tu pn ada degree)

    spnjg ktaorg kat Kchg, mmg ponteng terawih.kami insan yg lemah.. godaan donia begitu kuat skali. hehheh

    ReplyDelete

comment di situk..