Thursday, August 6, 2009

Selamat Berpuasa.. 1Betong.. 1Sarawak

Ramadan datang lagi. Selamat Berpuasa. Kali ni 1st time kamek puasa kat Swk. Puasa kat mana2 sama je. Yg best kat sini sungkei (bukak pose) awal... Dlm 6.43 ptg.

Kat Betong ni ada gak Bazar Ramadhan cam tempat2 lain. ari pertama kitaorg sampai dlm kul 5.15 ptg.. ingatkan awal lg ropa2nya byk gerai dh kemas2 nk balit. Rupa2nya diaorg start bukak kul 12 tgh lagi...

Bazar ala2 'ismi di nadai' (sekadar ada)


Juadah 1st day.


Puasa ke3 je ktaorg lari g Kchg lak. Kat sana byk skit pilihan nk sungkei. Lepak kat sinun sampe ari sabtu.


Entry berikutnya adalah saja2 yg menarik di Sarawak nih.

1. Pesta Buntal di Kg Maggut, Spaoh.

Yg special kat Swk ni adalh byk pesta - Pesta Tapah (Pantu), Pesta Ikan Bulu (Sri Aman). Pesta ni adalah sempena musim menangkap ikan yg byk kat sungai2 tsbt. Pesta Buntal ini telah diwar-warkan di radio Cat FM membuatkan ktaorg teruja utk sama2 berpesta!

Punya le seksa nk ke tapak pesta tu. 13 km jlan batu2 kerikil sahaja. 1 jam dgn kelajuan max 20 km/j.


Sampe dh ptg. X ada xtvt lumba perahu, ngail buntal etc..
ni le ikan buntal goreng yg telah dibuang racunnya. buntal yg ada adalah jenis buntal kuning.
(ikan free ni ihsan dr gerai jual air kelapa). ikan buntal masin gak sedap dimakan.

**** tobat x g pesta ni lg selagi jln x ditar


2. Pasar Malam Bandar Sibu

Sibu ni dh slalu sgt g tp ni le 1st time melawat pasar mlm dia. Sama cam pasar mlm tempat2 lain. ada jual pakaian, makanan, ayam/ikan panggang..

tp berbezanya ialah..
:
::
:::
::::

kawasan yg sama gak menjual babi panggang...


muncung babi tu yg x leh tahan..

3. Malam Seribu Bakat Minggu Aktiviti.

yg best mlm tu adalah cabutan bertuah. hadiah yg plg best adalah mangkuk tingkat yg dimenangi oleh apiz n cerek air dimenangi oleh ust taufik..


4. Jerebu

Jerebu melanda Sarawak. Keadaan ini diburukkan dengan pembakaran terbuka oleh para petani utk bercucuk tanam. Kaedah tradisional ini dilakukan utk membuat baja kot.. disamping membunuh makhluk perosak.

Nasib baik tiang api x terbakar..


Kat sini dah jadi pemandangan biasa lori/kereta dihentikan sehingga makan jalan. jln kat sini kebanyakan tiada bahu jln. accident cam kureng sbb kebanyakan driver kat sini amat berhemah.. org semenanjung je yg suka bwk keta ganas2.

tp kekadang kereta/van /lori berhenti sbb pemandu/penumpang nak terkencing. disebabkn terlepas public toilet, depa pakat pancut ramai2...