Earth Hour: TNB catat kejatuhan guna tenaga (Utusan Malaysia, 31 Mac 2009)
KUALA LUMPUR 30 Mac - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini berkata, ia menerima kenyataan bahawa kempen Earth Hour bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (Mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.
"Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam hingga 9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.
"Semuanya berjalan lancar dan kami mampu memberikan reaksi kepada permintaan yang sedikit rendah tanpa menimbulkan gangguan dalam operasi." katanya.
Katanya, TNB tidak menyangka dengan sokongan dan penghargaan yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelanggan mereka berhubung kempen yang disertai oleh masyarakat di seluruh dunia.
"Permintaan memuncak begitu cepat pada pukul 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu," katanya. - BERNAMA
Tuesday, March 31, 2009
Sunday, March 29, 2009
Makan2 di Betong..
EARTH HOUR 2009..
28/3 - Earth Hour 2009 (8.30 pm -9.30 pm). Sejak pegang Kelab Keceriaan & Alam Sekitar (ngan Saifulzaman) rasa semangat lak mengikuti program WWF ni. MRSM Betong tidak terkecuali menyokong program Earth Hour tanda prihatinnya studen terhadap isu global warming.
Aktiviti yg dijlnkan adalah treasure hunt dengan pelajar menutup mata kecuali ketua kumpulan. Mereka dikehendaki mencari 3 clue dr 8 check point yg disediakan. At the end, setiap kumpulan dpt menyalakan lilin. Aktiviti berjalan lancar, cuaca ok, pelajar n guru2 yg terlibat nmpak happy sekali. Temubual secara random ngan studen, rata2 mengatakan mereka enjoy.. (Hehehe... promote program sendiri..) Rugi besar cgu2 yg balit kg masing2 utk berparti.. oppss!!

Ellis n Zurina mendenda studen sblm bg clue.
Clue hantu chekpoin nuke n hafiz
BUAT PERMIT KERJA..
27/3 wat permit kerja kat Imigresen Sri Aman. dgn itu kamek leh stay kat swk selagi kerja kat sini. Bg yg x tau, klu guna pas lawatan limit dia 3 bln jer. kitaorg g dua keta.
setelah mendapat cop permit kerja..
new brand city...
HAPPY BIRTHDAY (26/3).
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)