Thursday, January 22, 2009

panorama betong..

Kamek sertakan pics panorama di Bandar Betong. Kecik je bandar dia tp hampir semua ada. Mula2 pic Pasaraya Everise. Everise kat Swk byk sungguh cawangan dia. Kira mcm the store la. Atas Loxing hotel.


Tai Choon Mini market. Harga brg dia lbh murah dr everise..




Betong Plaza Hotel. Memanjang ke belakang. Satu mlm plg murah RM30. Klu bilik RM60 tu kira standard Plaza Hotel KL. Sesuatu yg pelik, kat betong byk sungguh hotel. Sapa yg nak duduk kat sini?? Rupa2nya hotel tu smua utk pnduduk yg dtg dr jauh, yg terpaksa bermalam utk berurusan ngan govt ofis dsb.




Ini pula bus stand Betong. Cepat cari mana busnya.. Sik ada bas sbb bas udah bertolak ke Kuching. Ada 2 trip - kul 7.30 & 1230. Penduduk di sini guna perkhidmatan vap/kereta sapu sbg main transport.




Kanan sekali kedai Ah Soon. Jual alatan elektrik. Satu2nya kedai ASTRO. Semua cgu/staff MRSM amik astro dr dia. Ada gak yg berabis lebih 4K beli alatan letrik.. Makin kayo dia. TBC lepas siap wat open hse utk kitaorg semua.





Ini pasar awam betong. Belah kiri jual ayam/ikan. belah kanan jual babi... Persoalannya, klu lalat hinggap kat babi then hinggap kat ayam plak???...















ni buah mundong (sound like that la.. x clear masa penjual tu ckp). isi dia cam buah rambai tp rasa manis.















8 comments:

  1. Lalat makan daging babi. Virus daging babi inject dalam sel mukus lalat. Bila lalat inject ayam, sel mukus akan masuk ke dalam badan ayam bersama virus tadi. Virus akan menyuntik gen mukus babi tadi ke ke dalam gen ayam. Lama kelamaan tisu-tisu ayam tadi bertukar menjadi kombinasi ayam-babi..Ini adalah fiksyen..genetic engineering scientists mungkin mampu membinanya di makmal sebagaimana yg disyakki berlaku kepada virus HIV, virus Avian Flu atau Virus JE. Virus yang dibina mampu memusnahkan sesuatu bangsa atau haiwan/tumbuhan tertentu..

    ReplyDelete
  2. Yg tu bukan buah mundong, buah Uchong.. xpe, klau xpasti leh blaja ngan saya. btw, selain kedai Ah Soon.. ada byk lagi kedai electrical lain..cumanya mungkin agak mahal la. Tp Astro mmg Ah Soon je yg ada.

    ReplyDelete
  3. Macam mana wang ringgit yang duitukar selepas membeli babi, kemudian baki wang itu yang telah tercemar dengan minyak babi diguna untuk membeli ayam daripada peniaga Melayu? Apa hukumnya org Islam kat Betong yg minum alkahol, main snooker, beli nombor ekor dll.

    ReplyDelete
  4. jgn dipandang rendah kwsn pdlman ini. sbb duit cukai pdptn yg kita semua bayar disalurkan utk mmajukan tpt tsebut. kita yg membangunkn kwsn pendalaman (tak kira mana2 kawasan) secara x langsung. apa yg salah, kita cuba betulkan. kalau kita ketewakan kwsn ini dsbbkn masih jauh mundur dari tpt asal kita, maka kita juga sdg ketawakan diri sendiri. tepuk dada, tanya wakil rakyat.

    ReplyDelete
  5. wah kampong aku dah kena promote masuk blog hua hua hua....bagusnya tak sama dengan era 90 an dulu.. berbanding sekarang banyak da pembangunan serta kemudahan yang ada...thank kepada penulis blog ni ...aku pun tak pernah terfikir untuk terbit kan blog macam ni tapi pas ni insyallah aku akan tambah sikit2 dalam blog aku semoga sejarah kampong aku tak ketinggalan zaman

    ReplyDelete
  6. salam seluruh malaysia ni ada jual babi tapi kita tau ke duit tu kena minyak babi....

    ReplyDelete
  7. Assalam cikgu..nk tanye sikit.poli Metro betong jauh tak Dr MRSM?

    ReplyDelete

comment di situk..